SS163: I-SYARAH TOSS CHALLENGE

NUR DAMIA AKMA BINTI MOHD NAJIB SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

                    Penguasaan isim isyarah dalam kalangan murid sering menjadi cabaran kerana mereka keliru memilih kata tunjuk yang tepat mengikut bilangan (mufrad, muthanna dan jamak) serta jarak (dekat dan jauh). Kekeliruan ini menyebabkan murid sukar membezakan penggunaan kata tunjuk dalam konteks ayat yang betul. Sehubungan itu, Isim Isyarah Toss Challenge dibangunkan sebagai satu inovasi pembelajaran berasaskan permainan (Game-Based Learning) bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap penggunaan isim isyarah secara tepat dan bermakna.

                 Inovasi ini dilaksanakan secara individu dalam kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga lima orang murid. Murid akan melakukan lontaran (toss) ke arah sasaran yang mengandungi tugasan sebelum mengenal pasti dan memilih isim isyarah yang betul berdasarkan gambar, objek atau situasi yang dipaparkan. Aktiviti ini menggabungkan elemen belajar sambil bermain (Learning through Play), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dan pembelajaran aktif yang dapat merangsang penglibatan murid secara menyeluruh.


                 Objektif inovasi ini adalah untuk (i) meningkatkan keupayaan murid mengenal pasti penggunaan isim isyarah yang tepat bagi mufrad, muthanna dan jamak untuk dekat (ini) dan jauh (itu), (ii) mengukuhkan daya ingatan terhadap bentuk-bentuk isim isyarah melalui aktiviti permainan yang interaktif, dan (iii) meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam membuat pemilihan isim isyarah berdasarkan bilangan dan kedudukan objek yang ditunjukkan. Pelaksanaan inovasi dinilai melalui pemerhatian guru, penilaian berasaskan permainan serta latihan pengukuhan bagi melihat peningkatan tahap penguasaan murid.

                 Pelaksanaan Isim Isyarah Toss Challenge menunjukkan impak yang positif terhadap pembelajaran apabila murid lebih aktif, bermotivasi dan yakin menggunakan isim isyarah dalam situasi yang pelbagai. Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan ketepatan penggunaan isim isyarah bagi mufrad, muthanna dan jamak, malah turut mengukuhkan daya ingatan, kemahiran membuat keputusan dan penglibatan murid dalam PdP. Selain bersifat kos efektif dan mudah dilaksanakan, inovasi ini juga fleksibel untuk diadaptasi kepada topik tatabahasa bahasa Arab yang lain

 Kata kunci: Isim Isyarah Toss Challenge, isim isyarah, mufrad, muthanna, jamak, kata tunjuk dekat dan jauh, Bahasa Arab, Game-Based Learning, PAK-21, pembelajaran aktif.