Projek ini membangunkan permainan Tetris berasaskan Python yang digabungkan dengan soalan matematik untuk tujuan pembelajaran interaktif. Pemain perlu mengawal blok sambil menjawab soalan matematik yang muncul dalam permainan. Permainan akan berhenti seketika apabila soalan dipaparkan, dan jawapan yang betul memberi mata tambahan manakala jawapan salah mengurangkan mata. Projek ini bertujuan menjadikan pembelajaran matematik lebih menyeronokkan melalui pendekatan permainan digital (gamification).