SS480: BIOMORTAR

NUR KASIH BINTI NASRAN KOLEJ VOKASIONLA TAIPING

Biomortar merupakan inovasi mortar mesra alam yang dibangunkan bagi menangani isu lambakan sisa industri dan sisa bengkel yang semakin meningkat serta kebergantungan tinggi terhadap bahan binaan konvensional. Enapcemar daripada Loji Rawatan Air Kampung Senawar, habuk kayu dan serpihan bata daripada Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Taiping sering dilupuskan tanpa pengurusan sistematik sehingga memberi kesan kepada alam sekitar. Selain itu, penggunaan simen dan pasir secara berlebihan turut menyumbang kepada peningkatan pelepasan karbon dan kos pembinaan.Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Biomortar dihasilkan sebagai alternatif mortar hijau menggunakan bahan buangan terpilih yang dikitar semula kepada produk bernilai tambah. Pelaksanaan inovasi melibatkan proses pengumpulan, pengeringan dan penyediaan enapcemar, habuk kayu serta serpihan bata sebelum dicampurkan dengan bahan pengikat mengikut formulasi tertentu. Campuran tersebut diuji melalui aplikasi kerja melepa dan ikatan bata bagi memastikan kesesuaian penggunaan dalam latihan amali pembinaan. Inovasi ini memberi impak positif dari aspek pengurangan sisa pepejal, penjimatan kos bahan binaan dan peningkatan kesedaran terhadap amalan ekonomi kitaran serta teknologi hijau dalam kalangan pelajar TVET. Biomortar juga menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 11, SDG 12 dan SDG 13. Pada masa kini, produk Biomortar telah berjaya dihasilkan pada skala bengkel dengan kos pengeluaran yang sangat rendah serta berpotensi dikomersialkan sebagai bahan binaan alternatif mesra alam untuk kegunaan pendidikan dan komuniti.