SITI A'ISY HAFIEYA BINTI MUHAMMAD HAKIMI KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP
SlingDuh adalah satu produk inovasi iaitu kain anduh yang mempunyai pelbagai kegunaan sesuai digunapakai oleh semua golongan terutamanya untuk golongan yang mengalami kecederaan pada bahagian lengan. SlingDuh ini direka khas untuk menyokong kecederaan pada bahagian lengan. Kebanyakkan responden menyatakan bahawa kain anduh yang lama telah memberi kesan sakit pada bahagian bahu dan leher kerana tekanan daripada ikatan simpulan kain anduh. Pengguna juga menyatakan bahawa kain anduh sukar untuk dipasang kerana perlu meminta bantuan orang lain untuk memasang. Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah pengguna yang mengalami masalah kecederaan pada bahagian lengan yang mana ia dapat memudahkan pengguna dalam menyelesaikan masalah menggunakan kain anduh. Pengguna dapat memasang SlingDuh secara sendiri tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain. SlingDuh ini mempunyai pelbagai fungsi dan dapat dilaraskan mengikut keselesaan pengguna. Secara keseluruhannya dapatan kajian mendapati bahawa masalah kain anduh yang sukar dipakai ini dapat diatasi dengan menggunakan SlingDuh ini. Dari hasil pemerhatian juga pengguna sangat menyukai SlingDuh yang diinovasikan ini kerana dapat memudahkan pengguna untuk memasang SlingDuh dalam masa yang singkat untuk merawat kecederaan yang dialami pada bahagian lengan. Selain itu, SlingDuh ini memudahkan pengguna melaraskan kedudukan SlingDuh mengikut keselesaan pengguna. Mereka tidak lagi mengalami masalah sakit pada bahu dan sukar untuk memasangnya,Ini membuatkan mereka berasa lebih selesa, mudah dipakai dan boleh menggunakan pelbagai fungsi yang terdapat pada slingDuh.