Fadila Maisarah Binti Mohd Fadli Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia
Aplikasi web interaktif "Smart Quadratic Analyzer" dibangunkan bagi mengatasi masalah murid Matematik Tambahan yang sukar memvisualisasikan graf dan menentukan titik penting fungsi kuadratik. Dashboard moden ini menganalisis persamaan dan menjana graf parabola secara automatik serta tepat bagi mengelakkan kesilapan pengiraan manual.
Sebaik sahaja pekali a, b, dan c dimasukkan, sistem memaparkan paksi simetri, titik bucu, dan nilai diskriminan serta-merta. Dibangunkan menggunakan JavaScript dan Plotly.js, aplikasi ini turut menyekat input a=0. Inovasi mesra pengguna ini menjadi alat bantu mengajar yang efektif untuk meningkatkan kefahaman visual, minat, dan prestasi murid.