EX719: ORENPURE SMART STEM

SAIDATUL AINOOR BINTI SHAHARIM SM SAINS KEPALA BATAS

IIMOS26 | Expert

CR: nan | 0 Likes | 0 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

ORENPURE SMART STEM merupakan inovasi modul pembelajaran yang dibangunkan bagi meningkatkan penguasaan konsep Teknologi Hijau, pengurusan sisa organik dan ekonomi kitaran melalui pendekatan Engineering Design Process (EDP) dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Modul ini mengintegrasikan Standard Kandungan Sains Tingkatan 2 dan Biologi Tingkatan 5 melalui aktiviti autentik yang membimbing murid menghasilkan bio-enzim daripada kulit oren yang kemudiannya diproses menjadi produk ORENPURE Bio-Enzyme Handwash. Modul turut mengintegrasikan elemen digital seperti Google Classroom, Google Form, QR Code, dashboard prestasi, video pembelajaran dan komik digital bagi memperkukuh pengalaman pembelajaran abad ke-21. Dapatan pelaksanaan menunjukkan peningkatan pengetahuan murid melalui ujian pra dan pasca, peningkatan kemahiran proses sains, kreativiti, literasi digital, keyakinan pembentangan serta kesedaran terhadap amalan kelestarian alam. Penilaian pengguna turut menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap modul dan majoriti responden mencadangkan agar modul ini diperluaskan ke sekolah lain. ORENPURE SMART STEM bukan sahaja menghasilkan produk inovasi mesra alam, malah menyediakan satu ekosistem pembelajaran yang autentik, menyeronokkan dan berimpak tinggi dalam melahirkan murid yang kreatif, inovatif serta bertanggungjawab terhadap kelestarian alam selaras dengan aspirasi Pendidikan STEM dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4, SDG 12 dan SDG 13).

Kata Kunci: ORENPURE SMART STEM, Engineering Design Process (EDP), Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), Teknologi Hijau, Bio-Enzim, Kelestarian Alam, STEM, Ekonomi Kitaran.