PS635: AI IMAN MOVEMENT

ADZMIN BIN Rizmar SEKOLAH KEBANGSAAN GAS

IIMOS26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi kami merupakan sebuah papan permainan fizikal berasaskan konsep Jutaria yang direka khas untuk meningkatkan kefahaman dalam topik ibadah solat. Papan permainan ini direka menggunakan aplikasi Canva dan dicetak untuk dimainkan secara interaktif di dalam kelas. Keunikan utama inovasi kami terletak pada Kad Cabaran berasaskan Kod QR. Apabila diimbas, pemain akan dibawa terus ke pelbagai soalan interaktif melalui platform digital seperti Wayground, Kahoot, dan Wordwall, serta pautan video pengukuhan di YouTube. Bagi menaikkan lagi semangat permainan, kami turut menyuntik elemen Roda Putaran untuk cabaran tambahan. Gabungan aktiviti fizikal dan digital (Phygital) ini terbukti menjadikan pembelajaran ibadah solat jauh lebih menyeronokkan, menarik, dan mudah difahami!