EX736: CVOne: Sistem Pengurusan Profil Akademik Digital

Siti Zulia Binti Pirin Politeknik Merlimau Melaka

IIMOS26 | Expert

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Sistem CVOne merupakan satu inovasi pengurusan digital yang dibangunkan bagi memudahkan proses penyimpanan, pengemaskinian dan capaian maklumat curriculum vitae (CV) staf secara sistematik, efisen dan berpusat. Inovasi ini tercetus daripada keperluan jabatan untuk mengatasi masalah pengurusan CV staf yang sebelum ini dilaksanakan secara manual menggunakan dokumen berasingan, tidak seragam dan sukar dikemaskini. Keadaan ini menyebabkan proses penyediaan, pengemaskinian, pengumpulan data pensyarah serta dokumentasi jabatan mengambil masa yang panjang dan berisiko berlaku kehilangan atau pertindihan maklumat. Bagi menyelesaikan isu tersebut, sistem CVOne dibangunkan menggunakan teknologi berasaskan web dengan integrasi pangkalan data bagi membolehkan staf mengemaskini profil profesional masing-masing secara kendiri. Sistem ini menyediakan fungsi pengurusan profil staf, maklumat akademik, penyelidikan, penerbitan, pengajaran serta penjanaan CV dalam format digital dan PDF secara automatik. Selain itu, sistem ini turut dilengkapi dengan modul pentadbir bagi mengurus data staf dan penerbitan secara lebih tersusun melalui paparan utama khas yang mesra pengguna. Pelaksanaan sistem CVOne ini memberi impak positif terhadap keberkesanan pengurusan maklumat staf di institusi. Antara impak utama ialah penjimatan masa dalam proses pengemaskinian dan pencarian data, pengurangan penggunaan dokumen fizikal, peningkatan ketepatan maklumat serta memudahkan proses pemantauan dan penyediaan laporan jabatan. Sistem ini juga menyokong agenda pendigitalan dan transformasi pengurusan institusi pendidikan selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 dan amalan pengurusan tanpa kertas. Secara keseluruhannya, inovasi CVOne berupaya menjadi platform pengurusan maklumat staf yang lebih cekap, moden dan lestari dalam memperkukuhkan sistem pengurusan organisasi.