SS493: EZ-Hem

Nur Syafiqa Damia Binti Suhaimi KV DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Menjahit pakaian merupakan salah satu kompetensi wajib lulus bagi pelajar Program Seni Reka Fesyen di Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj Muhamad Sharip (KVDUHMS). Di dalam proses menjahit pakaian, pelajar perlulah menjahit kelepet pada hujung pakaian kerana ia merupakan salah satu kriteria wajib yang perlu dilakukan oleh pelajar. Kelepet merupakan bahagian penting yang menentukan kekemasan dan kualiti hasil akhir. Melalui pemerhatian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mendapati, masalah sering berlaku apabila hasil kelepet iaitu yang dihasilkan tidak lurus, tidak sekata dan kelebaran ukuran basi tidak tepat. Malahan, teknik ketika menyurih garisan pemadan tidak betul menjadikan pakaian yang akan dihasilkan tidak memenuhi kriteria kompetensi yang telah ditetapkan. EZHem satu produk inovasi yang dibangunkan untuk membantu masalah penghasilan kelebaran kelepet pada pakaian yang tidak tepat. Objektif penghasilan produk adalah bertujuan untuk memudahkan proses melipat kelepet ketika menjahit, menghasilkan lipatan yang seragam, kemas dan tepat serta dapat menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu, dapat membantu pelajar dalam pembelajaran asas menjahit juga meningkatkan kualiti dan profesionalisme hasil jahitan. EZHem dihasilkan menggunakan kertas manila kad dengan kos penghasilan sangat minimum menjadikan ia produk mudah dan senang untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dan pengguna. EzHem boleh ditambah baik dengan menggunakan bahan yang lebih sesuai dan praktikal. EzHem berpotensi untuk diperluaskan dan dipasarkan.