Muhammad Adam Shazwan B Sharifudin Sekolah Menegah Al Amin Gombak
Abstrak
Kes buli dalam kalangan murid semakin membimbangkan dan sering sukar dilaporkan kerana mangsa buli takut dikenali atau diketahui. Selain itu pelajar juga tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah membuatkan pelajar tidak dapat menghubungi guru jika ingin melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah. Oleh itu, projek “Smart Drop Box: Inovasi Pencegahan Buli Tanpa Telefon Bimbit” dibangunkan sebagai satu sistem aduan pintar berasaskan Internet of Things (IoT) yang membolehkan murid membuat laporan secara anonim dan selamat. Sistem ini menggunakan kotak aduan fizikal yang dilengkapi dengan sensor inframerah (IR), NodeMCU ESP8266, lampu LED indikator serta sambungan WiFi.
“Smart Drop Box” ini akan bertindak apabila murid memasukkan laporan ke dalam peti aduan, sensor IR dan akan mengesan kehadiran kertas terus menghantar isyarat kepada NodeMCU untuk memproses data. Seterusnya, notifikasi automatik dihantar melalui platform IFTTT ke emel guru menggunakan Gmail serta notifikasi akan terus ke telefon guru. Lampu LED turut menyala sebagai penunjuk bahawa laporan telah berjaya diterima.