PS652: ECO CHARCOAL

AZKIYA BINTI AZMI SK BANDAR MAS

IIMOS26 | Primary School

CR: 0.1667 | 1 Likes | 6 Views | 1 times | LS: 2.2
Like it? | Support them now!

Abstrak

Eco Charcoal ialah produk inovasi berasaskan hampas kopi terpakai yang diproses menjadi arang pelbagai fungsi bagi mengurangkan sisa organik dan menyokong amalan ekonomi kitaran. Produk ini dihasilkan melalui proses pengeringan, pengarangan, penghancuran, pencampuran bahan pengikat, pencetakan dalam acuan dan pengeringan semula sehingga menghasilkan arang yang berkualiti. Eco Charcoal berfungsi sebagai bahan bakar yang menghasilkan pembakaran stabil, penyerap bau di ruang tertutup, penyerap habuk bagi meningkatkan kebersihan persekitaran, serta penapis kotoran untuk membantu meningkatkan kualiti air. Inovasi ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 7: Tenaga bersih dan Mampu Milik, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab, serta SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim melalui pengurangan sisa organik, penggunaan semula bahan buangan dan penghasilan produk mesra alam yang berpotensi dikomersialkan.