PS304: HYDRO GUARD

KESHAAV A/L SATHURUBA JNANIEE SEKOLAH KEBANGSAAN ST PAUL

IIMOS26 | Primary School

CR: 0.2500 | 2 Likes | 8 Views | 4 times | LS: 6.5
Like it? | Support them now!

HydroGuard  merupakan sebuah sistem amaran awal yang dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan masyarakat daripada ancaman banjir dan haiwan berbahaya seperti ular atau buaya. Projek ini menggabungkan teknologi Microbit, REKA:BIT, sensor aras air, kamera AI, Telegram Bot, LED Traffic Light, dan panel solar bagi menghasilkan sistem pemantauan yang beroperasi secara automatik dan masa nyata.

Apabila sensor mengesan paras air melebihi tahap yang ditetapkan, sistem akan mengaktifkan bunyi amaran, menyalakan LED Traffic Light dan menghantar notifikasi kepada pengguna melalui Telegram. Pada masa yang sama, kamera AI berfungsi untuk mengesan kehadiran haiwan berbahaya dan turut mengaktifkan sistem amaran sekiranya ancaman dikenal pasti. Penggunaan panel solar sebagai sumber tenaga membolehkan sistem terus beroperasi walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik semasa bencana.

Projek ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat, mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerugian harta benda, serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 7: Tenaga Mampu Milik dan Bersih, SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, serta SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.

HydroGuard berpotensi dikembangkan sebagai produk komersial untuk kegunaan rumah, komuniti, sekolah, industri dan agensi pengurusan bencana di Malaysia.