Ibnu Muhammad Yusuf Bin Mohamad Faizul SK SERI JAYA
Kajian ini dijalankan bagi menangani masalah murid pemulihan yang menghadapi kesukaran dalam menguasai matematik, khususnya konsep nombor dan operasi tambah. Bagi mengatasi masalah ini, EggMath Pop kit telah diperkenalkan sebagai bahan bantu mengajar yang inovatif ,mudah dan murah dan menarik. Inovasi ini menggunakan bahan kitar semula seperti kotak telur dan penutup botol bagi mewujudkan pembelajaran konkrit dan interaktif.Hasil kajian menunjukkan inovasi ini berpotensi digunakan kerana kos penghasilan rendah ,mudah dibina dan mesra alam. Kesimpulannya , EggMath Pop Kit merupakan satu inovasi pendidikan yang praktikal dan berkesan dalam membantu murid pemulihan mempelajari matematik secara lebih menyeronokkan dan bermakna.