EX600: PHYS-VISION

Ahmad Umaraa Bin Ahmad Kamarudin MRSM Tun Mustapha Tawau

IIMOS26 | Expert

CR: 0.1250 | 2 Likes | 16 Views | 2 times | LS: 4.3
Like it? | Support them now!

Penguasaan kemahiran penerangan konsep fizik berdasarkan stimulus bergambar merupakan antara cabaran utama dalam kalangan pelajar Fizik SPM. Analisis jawapan pelajar mendapati kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti konsep fizik yang terlibat serta membina penerangan saintifik menggunakan istilah dan kata kunci yang tepat. Keadaan ini menyebabkan pelajar kehilangan markah dalam soalan struktur dan KBAT yang berasaskan aplikasi harian dan fenomena sebenar.

 

Bagi mengatasi masalah tersebut, satu inovasi berbentuk modul visual interaktif telah dibangunkan bagi membantu pelajar menghubungkan konsep fizik dengan situasi dunia sebenar secara lebih sistematik dan kontekstual. Modul ini menggunakan gambar aplikasi fizik sebagai stimulus utama, disertakan dengan penerangan konsep gaya SPM, ilustrasi konsep, kata kunci penting, tip jawapan serta Augmented Reality (AR). Pendekatan ini bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenal pasti konsep fizik dan membina ayat penerangan saintifik dengan lebih berkesan.

 

Pelaksanaan inovasi ini melibatkan penggunaan modul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Fizik SPM secara berfokus. Hasil pemerhatian dan maklum balas awal menunjukkan bahawa modul ini berjaya meningkatkan minat, kefahaman dan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan berbentuk aplikasi fizik. Selain menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami, inovasi ini juga berpotensi menjadi bahan sokongan PdP yang efektif bagi membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik SPM.