TE195: LECTURER ROOM ALERT SYSTEM (LRAS)

RAOUF TAQIYUDDIN AT-THALITH BIN MUSA KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

IIMOS26 | Tertiary

CR: 0.0000 | 0 Likes | 42 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

Seiring dengan perkembangan teknologi digital dan Internet of Things (IoT), inovasi generasi baharu memainkan peranan penting dalam memperkasakan kualiti hidup melalui penyelesaian pintar yang meningkatkan kecekapan serta kesejahteraan komuniti. Projek ini menilai keberkesanan Lecturer Room Alert System (LRAS), iaitu sistem pemberitahuan pintar berasaskan IoT yang direka untuk memudahkan interaksi antara pelajar dan pensyarah di Sanggar Bakti, Kolej Vokasional Shah Alam. Projek ini dibangunkan bagi mengatasi isu ketidakpastian keberadaan pensyarah, kelewatan komunikasi serta pengurusan perjumpaan yang kurang sistematik yang sering menyebabkan pembaziran masa dan mengurangkan produktiviti pengguna. LRAS mengintegrasikan mikropengawal Arduino Nano, modul komunikasi tanpa wayar nRF24L01, buzzer, papan kekunci dan platform web bagi menyediakan komunikasi yang lebih pantas, tepat dan mesra pengguna. Pembangunan sistem menggunakan metodologi Agile yang merangkumi fasa perancangan, analisis, reka bentuk, pembangunan, pengujian dan penambahbaikan. Penilaian keberkesanan sistem dijalankan melalui soal selidik terhadap 21 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 95.2% responden bersetuju LRAS berjaya mengurangkan masa menunggu, meningkatkan keberkesanan komunikasi serta memperkemas pengurusan perjumpaan. Selain itu, 100% responden menyokong penggunaan sistem ini sebagai alternatif kepada kaedah manual sedia ada. Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi institusi pendidikan, malah menyumbang kepada kesejahteraan pengguna melalui pengurusan masa yang lebih baik, pengurangan tekanan akibat ketidakpastian maklumat dan pengalaman pembelajaran yang lebih kondusif. Justeru, LRAS berpotensi menjadi inovasi generasi baharu yang memperkasakan serta memperkukuhkan kualiti hidup komuniti Pendidikan. Penambahbaikan masa hadapan dicadangkan melalui integrasi sensor pergerakan bagi membolehkan pengemaskinian status keberadaan pensyarah secara masa nyata.