NUR `ALYA IRDINA BINTI MOHD HAFIZ SMAP BENTONG
Baja sintetik memberi kesan buruk kepada persekitaran dengan mengurangkan produktiviti tanah. Tong Penggalak Tanah Kompos NOVATEUR adalah alat inovatif yang direka untuk menghasilkan tanah kompos secara mesra alam daripada sisa makanan harian. Produk ini menggabungkan tong sampah dengan alat penggembur bahan kompos, penapis, bekas media tanah kompos dan dispenser air, memudahkan pengkomposan aerobik. Alat penggembur bahan kompos membantu mencampurkan sisa makanan dengan sisa kering untuk mempercepatkan proses pengkomposan, manakala penapis menyingkirkan air untuk menghasilkan kompos yang berkualiti. Bekas media tanah kompos memudahkan pengguna mengambil penggalak tanah kompos mengikut kuantiti yang dikehendaki, sementara dispenser air mengekalkan kelembapan yang diperlukan dalam proses pengkomposan. Dilengkapi dengan roda, produk ini mudah dipindahkan, menjadikannya ideal untuk pekebun bandar. Tong Kompos Novateur membantu mengurangkan sisa makanan di tapak pelupusan dan mengurangkan penggunaan baja kimia, mengurangkan pembebasan gas rumah hijau seterusnya memelihara alam sekitar. Produk ini berupaya menembusi pasaran global sekaligus menggantikan penggunaan baja sintetik yang mengandungi bahan kimia.