EX658: Keberkesanan Colour Fusion Learning Kit (CFL Kit) Dalam Meningkatkan Kemahiran Mewarna Menggunakan Dua Atau Tiga Warna Bagi Menghasilkan Ton Warna Yang Sesuai Dan Menarik Di Kalangan Murid Sekolah Ren

PRISHELLA BINTI JEFFRI SEKOLAH KEBANGSAAN LAJONG

IIMOS26 | Expert

CR: nan | Likes | Views | 7 times | LS: 7.0
Like it? | Support them now!

Kajian tindakan ini bertujuan menilai keberkesanan Colour Fusion Learning Kit (CFL Kit) dalam meningkatkan kemahiran murid sekolah rendah menggabungkan dua atau tiga warna bagi menghasilkan ton warna yang sesuai dan menarik dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan pemerhatian murid yang menghadapi kesukaran memilih kombinasi warna yang harmoni dan cenderung menggunakan satu warna, serta kurang memahami teknik menghasilkan kesan ton dalam karya. Seramai 20 orang murid Tahun 5 telah dipilih sebagai peserta kajian menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan tiga fasa, iaitu pra-ujian, intervensi dan pasca-ujian. Intervensi menggunakan CFL Kit yang mengandungi roda gabungan warna, kad aktiviti dan panduan warna, lembaran latihan, video demonstrasi serta rubrik penilaian guru. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis hasil kerja murid dan penilaian menggunakan rubrik. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara selepas intervensi 65% kepada 95%. Pemerhatian turut menunjukkan peningkatan dari segi minat, keyakinan, kreativiti serta kekemasan hasil karya murid. Kajian ini membuktikan bahawa Colour Fusion Learning Kit merupakan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam memperkukuh penguasaan teori dan aplikasi gabungan warna, di samping meningkatkan kualiti pengajaran guru serta hasil pembelajaran murid. Inovasi ini berpotensi diperluaskan penggunaannya dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah sebagai pendekatan pembelajaran yang lebih sistematik, interaktif dan berpusatkan murid.