SS667: APLIKASI ILYFitPro

AHMAD SYAFI BIN AHMAD TARMIZI KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.2222 | 4 Likes | 18 Views | 9 times | LS: 13.9
Like it? | Support them now!

ILYFitPro ialah platform gamifikasi kecergasan berasaskan web yang dibangunkan untuk menggalakkan aktiviti fizikal yang konsisten dan tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pengguna, dengan mengubah senaman harian menjadi pengalaman permainan peranan (RPG) yang menarik. Sistem ini direka bagi mengatasi limitasi kaedah penjejakan kecergasan konvensional yang bergantung kepada log manual dan kurang motivasi jangka panjang. Objektif utama ILYFit adalah menyediakan platform digital bagi menjejak aktiviti fizikal, mengautomasikan pemantauan kalori dan pemakanan, serta memotivasikan pengguna melalui sistem ‘quest’ dan ganjaran. Dibangunkan menggunakan React dan Vite dengan seni bina berasaskan komponen, sistem ini melaksanakan kawalan capaian berasaskan peranan yang terdiri daripada peranan Pengguna dan Pentadbir. Pengguna menjejak aktiviti sendiri, melengkapkan ‘quest’, dan menebus ganjaran, manakala pentadbir menyelia pengesahan dan analitik platform melalui papan pemuka interaktif. Inovasi utama ILYFit ialah enjin gamifikasi yang menukarkan jarak berjalan, jogging, dan berlari kepada mata pengalaman (EXP) menggunakan sistem penggandaan progresif, disokong pengimbas makanan berbantukan AI yang menganggarkan kalori dan kualiti pemakanan daripada foto makanan. Digabungkan dengan sistem pangkat (Gangsa, Perak, Emas), papan pendahulu (Leaderboards), dan kedai ganjaran (rewards), automasi ini boleh menghapuskan penjejakan manual, meningkatkan motivasi pengguna, serta menggalakkan pengurusan kesihatan peribadi yang mampan dan berteraskan teknologi.