WAN MUHAMMAD FAHIM BIN WAN FAIZAL SMK SERI NILAM
Idea menghasilkan produk inovasi ini datangnya dari pengurusan sisa industri selepas amali pemprosesan cincau murid MPV Pemprosesan Makanan SMK SEri Nilam. Murid merasakan suatu kerugian apabila sisa iaitu hampas daun serta dahan cincau dibuang begitu sahaja.
Maka, tercetusnya produk inovasi berasaskan cincau yang diberi nama "Cincau Cool Scrub". Ia merupakan salah satu produk penjagaan kulit yang dihasilkan daripada ekstrak daun cincau yang kaya dengan antioksidan semula jadi. Produk ini direka sebagai skrub badan yang membantu menanggalkan sel kulit mati, membersihkan pori-pori serta memberikan sensasi kesegaran dan penyejukan pada kulit. Penggunaan bahan semula jadi menjadikan produk ini lebih mesra pengguna dan selamat digunakan.
Secara tidak langsung, ia menjadi usaha memanfaatkan cincau sebagai bahan bernilai tambah dalam industri kosmetik dan penjagaan diri. Tekstur skrub yang lembut membantu melembapkan kulit, menjadikannya lebih halus, bersih dan berseri selepas penggunaan. Selain itu, produk ini berpotensi dikomersialkan kerana menggunakan bahan yang mudah diperoleh, kos pengeluaran yang rendah serta memenuhi trend pengguna yang semakin mengutamakan produk berasaskan sumber semula jadi.
Cincau Cool Scrub bukan sahaja menawarkan manfaat penjagaan kulit yang efektif, malah membuka peluang kepada pembangunan produk inovasi tempatan yang berdaya saing dan mesra alam.