AFIFA PARVIN BINTI ZULKIFLY SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
‘BioCentella Edible Pack’ merupakan pembungkusan makanan boleh dimakan dan biodegradasi yang dibangunkan menggunakan ekstrak pegaga (Centella asiatica) sebagai bahan utama. Projek ini bertujuan menyediakan alternatif kepada plastik konvensional yang menjadi penyumbang utama pencemaran alam sekitar. Pembungkusan ini dihasilkan daripada campuran ekstrak pegaga, agar-agar, kanji jagung dan gliserin bagi menghasilkan filem bioplastik yang fleksibel, selamat dan mesra alam. Kajian dijalankan untuk menilai sifat fizikal, fleksibiliti dan kadar biodegradasi produk. Hasil kajian menunjukkan ‘BioCentella Edible Pack’ mempunyai struktur yang stabil, mudah dibentuk dan mampu terurai sepenuhnya dalam tempoh yang lebih singkat berbanding plastik biasa. Selain itu, kandungan bioaktif semula jadi dalam pegaga memberi nilai tambah kepada produk. Kesimpulannya, ‘BioCentella Edible Pack’ berpotensi menjadi alternatif pembungkusan makanan lestari yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 12: Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab).
Kata Kunci: Pegaga, Bioplastik, Edible Packaging, Biodegradasi, Kelestarian