SS28: CHEESECAKE KULIT EPAL

MUHAMMAD HARIS HAIKAL BIN EMBONG KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.0222 | 1 Likes | 45 Views | 1 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Cheesecake kulit epal merupakan satu inovasi makanan yang kreatif dan berkhasiat. Produk ini menggunakan kulit epal sebagai bahan tambahan dalam penyediaan kek keju. Kebiasaannya, kulit epal dibuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan, sedangkan kulit epal kaya dengan serat, vitamin dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Dengan menggunakannya dalam pembuatan cheesecake, pembaziran makanan dapat dikurangkan dan nilai pemakanan dapat ditingkatkan.

Kulit epal boleh dikeringkan dan dikisar sebelum dicampurkan ke dalam adunan kek. Hasilnya, cheesecake yang dihasilkan mempunyai rasa yang unik, tekstur yang lembut dan aroma yang menyelerakan. Selain itu, kandungan serat membantu melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Kesimpulannya, cheesecake kulit epal bukan sahaja enak dimakan malah memberi manfaat kepada kesihatan dan alam sekitar. Produk ini sesuai dijadikan alternatif pencuci mulut yang lebih sihat

 

Kata kunci : scheese cake /kulit epal / makanan khasiat