PS553: KOMIK AI 1.0

AHMAD FALAH MUIZ BIN AHMAD FARHAN SK PELABUHAN KELANG

IIMOS26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 9 times | LS: 9.0
Like it? | Support them now!

KOMIK AI merupakan inovasi pembelajaran digital yang dibangunkan bagi mengatasi masalah murid yang menganggap pembelajaran Sirah Tahun 6 sukar, membosankan dan terlalu bergantung kepada kaedah hafalan. Inovasi ini bertujuan menjadi medium set induksi dan pengukuhan pembelajaran Sirah bagi meningkatkan kefahaman, motivasi dan penglibatan murid melalui pengintegrasian teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Pembangunan KOMIK AI melibatkan penggunaan ChatGPT sebagai penjana idea dan kandungan, Gemini AI untuk penghasilan ilustrasi, Canva bagi pembangunan komik digital, Suno AI untuk audio pembelajaran, Gemini Canvas untuk permainan interaktif, Google Sites sebagai pusat sehenti pembelajaran, Google Classroom sebagai medium perkongsian dan pengurusan pembelajaran digital oleh guru serta Wayground sebagai platform penilaian. Audio pembelajaran turut digunakan bagi membantu murid yang belum lancar membaca serta menyokong pembelajaran yang lebih inklusif dan bermakna. Murid menggunakan KOMIK AI melalui pendekatan membaca komik, mendengar audio, melaksanakan aktiviti gamifikasi dan menjawab penilaian digital yang disediakan. Keberkesanan inovasi ini dinilai melalui ujian pra dan ujian pasca yang menunjukkan peningkatan tahap penglibatan, motivasi dan kefahaman murid terhadap kandungan Sirah. Selain menyokong pembelajaran yang lebih menyeronokkan, inovasi ini turut memperkukuh literasi digital, pembelajaran kendiri dan kemahiran abad ke-21. Secara keseluruhannya, KOMIK AI berpotensi menjadi ekosistem pembelajaran digital yang inovatif, mudah diakses dan boleh diperluaskan kepada topik Pendidikan Islam yang lain pada masa hadapan.