SS700: MYY NUMVER

ESTHER PAYA WAN KOLEJ VOKASIONAL MIRI

MYY NUMVER merupakan inovasi alat bantu belajar konkrit (taktil) berasaskan bahan kitar semula yang bertujuan meningkatkan penguasaan topik Matriks dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Miri sejak tahun 2022. Inovasi ini menyokong Standard Pembelajaran KSKV 3.1 dan 3.2 menerusi manipulasi fizikal penutup botol untuk memahami konsep peringkat, operasi asas, dan matriks songsang. Hasil kajian menunjukkan peningkatan drastik penguasaan pelajar sehingga 75%, dengan PNGK Matematik melonjak daripada 2.41 ,C+ kepada 3.27 B. Selain mencapai 100% kadar kelulusan bagi pelajar HPC Kohort 2022, MYY NUMVER berjaya menerapkan amalan kitar semula (SDG 4) yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermotivasi, dan berkesan secara visual serta motor-memori.