NORTY LOZIEKA ANAK LORITA SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA PENYARAI
Kembara e-Jodoh merupakan inovasi digital yang dibangunkan bagi mengatasi masalah penguasaan penjodoh bilangan dalam kalangan murid Tahap 2 sekolah rendah. Berdasarkan pemerhatian, murid sering keliru memilih penjodoh bilangan yang tepat mengikut kata nama atau gambar yang diberikan. Justeru, aplikasi ini dibangunkan dengan mengintegrasikan nota berilustrasi, video animasi, lagu, permainan interaktif dan kuiz bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta bermakna. Terdapat juga penggunaan VR dalam pembelajaran penjodoh bilangan melalui inovasi Kembara e-Jodoh. Pendekatan multimedia ini membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penerokaan dalam dunia digital sambil mengukuhkan pemahaman konsep penjodoh bilangan. Pelaksanaan Kembara e-Jodoh didapati meningkatkan penglibatan, motivasi dan penguasaan murid terhadap topik yang dipelajari. Inovasi ini turut menyokong aspirasi pendidikan digital dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang interaktif, mudah diakses dan berkesan untuk digunakan oleh guru serta murid.