SS740: E-JENAZAH

NUR FAHRINA AYUNI BINTI MOHD FADZLI SM AGAMA KOTA TINGGI

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah murid Tingkatan 3 yang sukar mengingat urutan tatacara pengurusan jenazah dalam mata pelajaran Al-Syariah. Refleksi awal pengkaji menunjukkan murid keliru menyusun langkah tindakan awal terhadap jenazah, memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengebumikan jenazah. Kajian ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart yang melibatkan proses mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Objektif kajian ialah meningkatkan kemahiran mengingat tatacara pengurusan jenazah melalui penggunaan Aplikasi E-Jenazah ini direka bentuk pembelajaran berasaskan intervensi digital yang sesuai dengan PAK21. Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tingkatan 3 Fathonah di Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi. Kajian dijalankan selama dua minggu melalui aktiviti Kenal Aplikasi, Jejak Ingatan Tatacara, Simulasi Kumpulan dan Kuiz Ingatan. Data dikumpulkan melalui Ujian Penguasaan Awal, Ujian Penguasaan Akhir, pemerhatian guru dan refleksi murid. Analisis deskriptif menunjukkan purata pencapaian murid meningkat daripada 33% kepada 87.5%. Pemerhatian juga menunjukkan murid lebih yakin, aktif berbincang dan mampu menyusun semula urutan tatacara dengan lebih tepat. Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan aplikasi ini dapat membantu meningkatkan ingatan, minat dan penglibatan murid dalam topik pengurusan jenazah.

Kata Kunci: aplikasi pengurusan jenazah, kemahiran mengingat, Al-Syariah, kajian tindakan