Muhammad Faieq Daniel Bin Mohd Faizan Kolej Vokasional Pasir Gudang
Projek inovasi Eco-Boat: Penggunaan Surat Khabar sebagai Bahan dalam Laminasi Bot Gentian Kaca ini dibangunkan untuk menguji potensi sisa kertas sebagai bahan alternatif dalam industri pembuatan bot. Isu utama dalam penghasilan bot gentian kaca konvensional ialah kos bahan mentah yang tinggi dan berat bot yang mengehadkan kecekapan tenaga. Di samping itu, lambakan sisa surat khabar lama menyumbang kepada pencemaran alam sekitar sekiranya tidak dikitar semula dengan berkesan. Oleh itu, objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan komposit bahan laminasi baharu yang menggabungkan surat khabar terpakai bersama gentian kaca dan polimer resin. Kaedah pembuatan melibatkan proses laminasi lapisan demi lapisan (hand lay-up) dengan menyisipkan helaian surat khabar yang telah dirawat di antara lapisan gentian kaca. Prestasi struktur Eco-Boat ini dinilai melalui ujian apungan yang telah dilakukan oleh pelajar.