MUHAMMAD QASYAF MIKAEL BIN MOHD FIRDAUS SK BAGAN SERAI
“SEE ME Interaktif” merupakan inovasi bahan bantu mengajar digital yang dibangunkan bagi meningkatkan penguasaan huruf hijaiyyah dalam kalangan murid sekolah rendah. Inovasi ini dibina menggunakan Canva dan diperkukuhkan dengan PowerPoint bagi memastikan kestabilan, kemudahan akses serta penggunaan yang fleksibel di sekolah atau di rumah. Ia mengandungi tiga komponen utama iaitu sebutan huruf, lagu interaktif dan permainan pengecaman huruf yang menggalakkan pembelajaran secara didik hibur. Dapatan ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan murid, manakala pemerhatian mendapati murid lebih fokus, berminat dan aktif semasa PdP. Inovasi ini turut menyokong pembelajaran kendiri melalui pengulangan aktiviti secara berterusan serta meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.