RAJA AHMAD MUAZ BIN RAJA AZUANDDY SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHEMPAKA
RHS AI merupakan sebuah aplikasi berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang direka khusus untuk membantu pengguna menguruskan rutin harian mereka dengan lebih efisien dan sistematik. Jika dahulu manusia bergantung kepada buku catatan untuk merekod aktiviti harian – dengan risiko keciciran tugasan atau terlupa – kini dengan RHS AI, semuanya menjadi lebih mudah, pantas dan tersusun secara digital.
Aplikasi ini direka khas dengan fokus kepada golongan awal remaja yang sedang membina disiplin diri dan pengurusan masa. Namun, RHS AI juga boleh menjadi peringatan dan rujukan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang perlu dilakukan setiap hari oleh segenap golongan dewasa dalam kehidupan seharian.