PS462: TONG PENGASINGAN SAMPAH PINTAR

NIK MUHAMMAD AL FATIH BIN NIK MOHD KHAIRUL RIJAL SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.0385 | 1 Likes | 26 Views | 56 times | LS: 57.0
Like it? | Support them now!

Tong pengasingan sampah pintar adalah tong pengurusan sampah yang diinovasikan untuk mengasingkan sisa pepejal secara automatik dengan cekap dan mudah. Projek ini bertujuan mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal di rumah yang bercampur hingga menyulitkan proses pengasingan oleh pihak pengurusan sisa pepejal. Sisa pepejal yang digunakan dalam projek ini merangkumi kategori sisa pepejal kering, basah dan logam. Projek ini menggunakan bekas mini tong sampah sebagai model yang mana tiga tong sampah mewakili setiap kategori manakala satu lagi tong sampah bertindak sebagai pengesan sisa pepejal melalui pelbagai sensor. Arduino uno pula berfungsi sebagai mikropengawal yang mengawal keseluruhan projek. Kesimpulannya projek ini akan dapat membantu pengguna di rumah mengasingkan jenis sisa pepejal dari bercampur serta membantu pihak pengurusan sampah mengendalikan pengasingan pelbagai sisa pepejal dengan lebih efektif dan efisien.