NUR SYAFIKA BINTI YASMANSAH SK RANGGU
Type Your Abstract Her
Aplikasi Mutiara Bahasa merupakan inovasi berasaskan Android yang dibangunkan untuk meningkatkan minat murid sekolah rendah dalam mempelajari serta menguasai keindahan bahasa Melayu. Kajian mendapati ramai murid beranggapan bahawa peribahasa, simpulan bahasa dan seni bahasa sukar difahami kerana hanya dibentangkan dalam bentuk teks panjang di buku. Situasi ini menyebabkan minat terhadap bahasa Melayu semakin berkurangan.
Sebagai penyelesaian, aplikasi ini menyediakan beberapa skrin utama iaitu Peribahasa (peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah) dengan maksud dan contoh ayat, serta Seni Bahasa (puisi, pantun, syair, seloka, gurindam dan sajak) lengkap dengan maksud, ciri-ciri dan contoh. Turut disediakan ialah Skrin Media yang menghubungkan murid dengan video YouTube berkaitan peribahasa dan seni bahasa, Sembang GPT sebagai chatbot untuk bertanya soalan, serta Kuiz untuk menguji kefahaman.
Inovasi ini memberi impak positif dari segi pendidikan dengan memudahkan penguasaan bahasa, dari segi sosial dengan meningkatkan minat belajar, dan dari segi budaya dengan melestarikan warisan bahasa Melayu. Aplikasi ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi mampu menjadikan pembelajaran lebih interaktif, menyeronokkan dan bermakna.