SS443: DALORES

DARREN FITZGERALD ANAK DANIEL KOLEJ VOKASIONAL MIRI

IIMOS25 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 29 times | LS: 29.0
Like it? | Support them now!

Dalores atau Dadu Lorekan Set merupakan inovasi pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dibangunkan menggunakan bahan kitar semula, bertujuan membantu pelajar Teknologi Komputer Sistem dan Rangkaian seramai 24 orang yang sukar menguasai Standard Kandungan 2.3: Menyelesaikan Masalah Melibatkan Set, khususnya soalan berbentuk lorekan Venn. Dilaksanakan dari Disember 2024 hingga Februari 2025, inovasi ini membolehkan pelajar terus bermain dan belajar secara konkrit menggunakan dadu yang mengandungi arahan lorekan dan operasi set.

Ujian pra dan pos telah menggunakan pelajar daripada Program MPI, iaitu program berprestasi rendah yang mengunakan DALORES menunjukkan peningkatan pencapaian daripada 36% kepada 79%. Soal selidik yang dijalankan ke atas pelajar menunjukkan purata skor antara 4.3 hingga 4.7, menandakan pelajar sangat bersetuju bahawa Dalores membantu meningkatkan keseronokan, minat dan pemahaman.

Penilaian akhir pada 7 April 2025 membuktikan keberkesanan Dalores apabila semua pelajar lulus, berbanding 8 pelajar gagal semester sebelumnya. PNGK meningkat daripada 2.06 kepada 3.44, dan 11 daripada 24 pelajar mendapat gred A atau A-, berbanding tiada sebelumnya. Berdasarkan Teori Konstruktivisme dan Teori Bruner, inovasi ini juga mendorong pelajar menghasilkan video pembelajaran Dalores untuk dikongsi secara digital, sekali gus memperluas impaknya dalam kalangan rakanDiharap inovasi ini menjadi inspirasi kepada pendidik lain dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah pembelajaran seimbang serta menyokong SDG 4: Pendidikan Berkualiti yang inklusif, menyeronokkan dan lestari