ALBERTADAM ANDARIAS KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Inovasi Silangkata Topik Sets ini dibangunkan bagi membantu pelajar Semester 2 Program Teknologi Automotif Kolej Vokasional Miri mengukuhkan penguasaan dalam topik sets yang merupakan antara kandungan penting dalam silibus Matematik A03201. Inisiatif ini dimulakan pada 23 Oktober 2024 melalui penglibatan aktif pelajar sendiri dalam membina bahan pembelajaran berbentuk permainan silang kata yang berasaskan konsep himpunan. Pendekatan ini berasaskan Teori Konstruktivisme Vygotsky, yang menekankan peranan interaksi sosial dalam membina pengetahuan baharu melalui aktiviti kolaboratif. Aktiviti pertandingan silang kata yang dianjurkan pelajar sendiri pada 9 Disember 2024 telah berjaya menarik minat dan meningkatkan penglibatan rakan-rakan mereka. Penyampaian hadiah dilakukan pada 16 Disember 2024. Data ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan skor daripada 49 kepada 92. Peratusan lulus meningkat daripada 11 pelajar kepada 28 daripada 30 orang. Purata nilai gred juga melonjak daripada 1.7 (D+) kepada 2.78 (B−) pada 7 April 2025. Bilangan pelajar yang memperoleh A- juga meningkat daripada seorang kepada enam orang. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa 100% peserta bersetuju inovasi ini membantu mereka memahami topik dengan lebih menyeronokkan dan bermakna. Inovasi ini membuktikan bahawa penglibatan pelajar dalam membina dan melaksanakan aktiviti pembelajaran berimpak tinggi boleh meningkatkan pencapaian akademik serta memupuk budaya pembelajaran aktif dan kolaboratif