SS450: SELAMATKAN DIRI DARI POCONG

AXCEL AFIZUL ARIF BIN AZIZI KOLEJ VOKASIONAL MIRI

IIMOS25 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 22 Views | 30 times | LS: 30.0
Like it? | Support them now!

Pada abad ke-23 ini, pendekatan permainan dalam pendidikan adalah sesuai dilaksanakan kerana seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat yang boleh dijadikan pemangkin di dalam sesi PdPc. Kecenderungan pelajar untuk hilang fokus adalah sangat tinggi apabila pelajar menghadapi masalah untuk memahami sesuatu topik baharu dan melibatkan fakta seperti subtopik Aloi. Selain itu, pelajar juga tidak aktif menjawab soalan yang ditanya oleh guru kerana kurang yakin akan topik tersebut. Bagi mengatasi masalah pelajar tidak fokus, kurang minat dan kurang penglibatan akibat mengantuk di dalam kelas terutama semasa pengajaran subtopik Aloi, satu permainan dinamakan Selamatkan Diri Dari Pocong dibina berasaskan aplikasi Scratch. Melalui pelaksanaan kaedah permainan Scratch dalam pengajaran dan pembelajaran subtopik jenis aloi dan campuran aloi, berdasarkan pemerhatian dan kajian soal selidik, dapat dilihat bahawa pelajar menunjukkan keseronokan dan minat untuk mempelajari subtopik tersebut selain tiada pelajar yang didapati tidur atau mengantuk sepanjang sesi PdPc berlangsung. Pelajar juga telah mampu membezakan antara jenis aloi dan campuran aloi serta kepentingannya dengan baik. Pelajar juga mampu mengingat dengan baik jenis aloi dan campuran aloi apabila pelajar disoal oleh guru pada minggu-minggu seterusnya dengan cara mereka tersendiri iaitu mengingati daripada permainaan Selamatkan Diri Dari Pocong. Pelajar juga didapati lebih aktif menjawab soalan di dalam kelas berbanding sebelum permainan Selamatkan Diri Dari Pocong diperkenalkan.