PS319: ZERO WASTE WASH- THE BOTTLE TIMER

MUHAMMAD AIMAN BIN AMIL HUSSIN SJKT MASAI

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 26 Views | 20 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi ini dikenali sebagai Zero Waste Wash, yang merupakan hasil usaha dan kreativiti Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) PPKI SJK(T) Masai. Inovasi ini bertujuan menangani isu pembaziran air bersih yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak semasa menjalankan rutin harian seperti mandi dan memberus gigi. Ketidaksedaran tentang penggunaan air secara berlebihan serta ketiadaan kawalan masa menyumbang kepada pembaziran air domestik. Zero Waste Wash menggalakkan pembentukan visual dan rutin terancang yang sesuai untuk MBPK kerana petunjuk visual lebih mudah difahami dan diulang (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2023). Objektif utama inovasi ini ialah membantu MBPK membina rutin penggunaan air yang terancang dan efisien melalui alat penentu masa yang direka khas. Alat ini dihasilkan menggunakan botol plastik terpakai bersaiz kecil yang diisi air berwarna dan indikator masa bertingkat (2–5 minit). Contohnya, “30 saat pertama guna air untuk basuh badan” dan “30 saat kedua guna sabun”. Aliran air berwarna berperingkat ini menjadi elemen terapi visual yang efektif, membantu MBPK dari segi pemulihan emosi serta persediaan menghadapi cabaran kehidupan harian (Mansor et al., 2021). Sebagai penambahbaikan, pendekatan digital diterapkan melalui Cabaran 21 Hari Jimat Air menggunakan kod QR yang membolehkan pengguna merekod aktiviti harian dan memperoleh ganjaran seperti sijil. Cabaran ini disertai jadual pemantauan bertema dengan ayat peneguhan tingkah laku secara interaktif, bagi meningkatkan motivasi dan konsistensi pengguna. Inovasi ini memberi impak besar terhadap pembentukan disiplin kendiri, kesedaran alam sekitar serta kemahiran hidup MBPK. Ia juga membuka peluang keusahawanan murid melalui pameran dan jualan produk sekolah. Zero Waste Wash berpotensi dikomersialkan sebagai alat pendidikan yang murah, mudah dan berkesan (UNESCO, 2022).