SS390: STESEN 5

DANIEL SIMON Kolej Vokasional Miri

IIMOS25 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 15 Views | 9 times | LS: 9.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Stesen 5: Main Peranan Melakar Pemahaman Set ini dibangunkan untuk mengatasi cabaran penguasaan konsep lorekan set dalam kalangan 24 pelajar Program Teknologi Pemesinan Industri, Semester 2 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di Kolej Vokasional Miri. Inovasi yang dilaksanakan dari November 2024 hingga Februari 2025 ini menggabungkan penggunaan alat bantu belajar (kad arahan dengan QR code) dan strategi pembelajaran main peranan. Isu utama adalah kelemahan pelajar dalam melorek set berdasarkan standard kandungan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) Kohort 2024. Melalui pendekatan konstruktivisme, teori pembelajaran sosial, dan teori pembelajaran bermakna, pelajar memainkan peranan sebagai unsur set, membentuk pelbagai jenis set seperti persilangan, kesatuan, dan pelengkap. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan dalam pemahaman dan penguasaan konsep lorekan set, dibuktikan dengan peningkatan keputusan ujian pra (36%) kepada pos (79%). Kefahaman yang meningkat ini turut membolehkan pelajar membina soalan sendiri untuk tujuan ulangkaji rakan-rakan secara bersemuka dan digital. Kadar kelulusan keseluruhan melonjak dari 40.7% kepada 100% untuk pelajar berprestasi rendah ("Rising Star"). Purata Nilai Gred (PNG) mata pelajaran Matematik Program Teknologi Pemesinan Industri juga menunjukkan peningkatan drastik dari 1.74 (D+) kepada 2.95 (B-) pada ujian berkaitan inovasi, dan peningkatan PNG keseluruhan semester dari 1.97 (D+) kepada 3.13 (B). Inovasi ini bukan sahaja berjaya meningkatkan prestasi akademik, malah turut membina minat, keyakinan, dan kemahiran kolaborasi pelajar, menjadikannya model pembelajaran yang berimpak tinggi dan berpotensi untuk disebarluaskan ke Kolej Vokasional lain di Malaysia.