MARISSA HUMAYRAA BINTI NAZRUL NIZAM SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH
Buli di sekolah sangat kerap terjadi tetapi jarang dilaporkan kerana murid merasa takut, malu, dan risau identiti mereka terbongkar semasa membuat laporan secara bersemuka. Di samping itu, sistem laporan manual yang mengambil waktu yang agak lama membuat guru sukar untuk mengambil tindakan selanjutnya. Hal ini demikian, kami menghasilkan sebuah inovasi sistem laporan buli digital yang dapat membuat murid melaporkan dengan anonim secara mudah dan cepat. Dengan sistem ini, pelajar akan lebih berani untuk melapor tanpa rasa takut, manakala guru pula dapat mengambil tindakan dengan lebih segera. Kami berharap inovasi ini dapat membantu mewujudkan suasana sekolah yang lebih selamat dan bebas daripada buli.