MUHAMMAD NABIL IMAN BIN MUKRI KOLEJ VOKASIONAL IPOH
Magnova 1.0 KViP merupakan satu produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Vokasional Ipoh. Idea ini tercipta setelah kami menghadapi satu masalah semasa sedang menjalani kerja amali di Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Ipoh. Permasalahan tersebut adalah berkenaan dengan skru dan paku yang berselerakan di bawah meja kerja dan kami menghadapi kesukaran untuk mengutipnya semula. Kita sedia maklum bahawa, pembelajaran amali Program Teknologi Pembinaan banyak menggunaan skru dan paku. Apabila kami melaksanakan Pentaksiran Berterusan Amali bagi modul vokasional, kadangkala skru dan paku terjatuh dan tergelongsor di bawah meja kerja. Kami menghadapi kesukaran untuk mengutipnya untuk digunakan semula. Apabila mengutip skru dan paku yang berselerakan itu telah mengakibatkan luka di jari semasa sedang menjalani amali di bengkel. Tujuan produk inovasi ini adalah dapat mengutip semula skru dan paku tersebut dengan selamat dan dapat di letakkan di dalam bekas untuk digunakan semula. Projek inovasi ini dapat mengelakkan risiko luka di jari, menjimatkan masa kerja amali, dapat menyelamatkan bumi dengan penghasilan produk dari bahan terbuang dan paling bagus adalah meningkatkan kreativiti kami dalam bidang TVET. Produk inovasi ini dihasilkan dengan hanya menggunakan bahan terbuang. Secara langsung, konsep 3R dapat diaplikasi pada projek ini. Kumpulan kami juga mahu mengangkat elemen “Sustainable Development” di dalam produk inovasi ciptaan kami ini.
Type Your Abstract Here!