PS320: LILIN AURA SPA

MUHAMMAD QAYYUM AL BUKHARI BIN AEZAMI SJKT MASAI

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 16 Views | 7 times | LS: 7.0
Like it? | Support them now!

Penulisan abstrak ini adalah berdasarkan kejayaan murid bekeperluan pendidikan khas dalam penghasilan Lilin Aura Spa menggunakan minyak masak terpakai. Isu pencemaran alam dari minyak masak terpakai menjadi kebimbangan global. Dalam usaha mengatasi masalah ini, murid bekeperluan pendidikan khas SJKT Masai telah menghasilkan Lilin Aura Spa untuk mengurangkan impak negatif ke atas ekosistem. Latar belakang inovasi ini telah dirangka dengan matlamat untuk menyelidik peranan, kesan, dan keberkesanan Lilin Aura Spa  dan memberi kesedaran kepada pelajar, guru, dan komuniti setempat tentang kepentingan mengumpul dan menguruskan minyak masak terpakai secara bijak dan berkesan. Kajian mendapati bahawa kebanyakan warga sekolah telah membuang minyak masak terpakai ke dalam singki tanpa berfikir tentang kesannya ke atas alam sekitar terutamanya di rumah kerana tiadanya pendedahan tentang kebaikan pemprosesan semula minyak masak terpakai. Situasi sebegini sememangnya memerlukan intervensi secara khusus untuk mewujudkan satu ekosistem yang harmoni dan sejahtera ke arah melestarikan alam. Inovasi  ini dilaksanakan agar dapat memupuk unsur kelestarian dalam kalangan warga sekolah dan dapat meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan serta pemuliharaan kelestarian. Lilin Aura Spa dibentuk melalui kombinasi minyak masak terpakai dan wax sebagai bahan utama dalam penghasilan produk inovasi. Ia akan mengambil selama sejam untuk mengeras dan selamat digunakan di semua tempat seperti rumah, bilik tidur, kawasan gelap dan sebagainya. Lilin Aura Spa mengandungi pelbagai jenis keunikan seperti ia diperbuat dari bahan-bahan semula jadi yang berkualiti tinggi seperti pewarna yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan dan ia tidak hanya membakar bersih tetapi juga memberikan aroma yang menyegarkan kerana telah dimasukkan serbuk kayu manis dan bunga cengkih yang mempunyai unsur perubatan. Lilin Aura Spa juga direka dengan kemas dan cantik sehingga tidak hanya berfungsi sebagai lilin spa tetapi sebagai elemen dekorasi di ruangan. Penghasilan Lilin Aura Spa ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga setempat tentang pentingnya budaya mengitar semula bahan buangan seperti minyak masak. Ia juga dapat menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas. Pembuangan minyak masak terpakai telah berkurang selepas mengaplikasikan idea inovasi ini dan warga SJKT Masai telah mula untuk mengitar semula minyak masak terpakai untuk menjadikannya sebagai Lilin Aura Spa. Lilin Aura Spa juga berpotensi untuk menceburi bidang komersial disebabkan elemen-elemen yang unik. Murid-murid bekeperluan pendidikan khas sering membuat jualan Lilin Aura Spa di sekolah dan mempromosikan kebaikan penggunaan Lilin Aura Spa dalam kalangan warga SJKT Masai. Lilin Aura Spa juga telah dikomersialkan oleh pihak PIBG dan telah mendapat sokongan yang baik. Sehubungan dengan itu, Lilin Aura Spa menggunakan minyak masak terpakai wajar diteruskan dan dipraktikkan oleh semua warga sekolah di masa hadapan. Ini adalah satu usaha padu dan jitu dalam kalangan warga sekolah untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian, memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menjana kewangan dari hasil penjualan bahan kitar semula

Kata Kunci:  Lilin Aura Spa, Murid Bekeperluan Pendidikan Khas, Minyak Masak Terpakai, ekosistem