PS426: Auto Jimat Sistem Pintar Cipta Bilik Darjah Lestari

DESMOND CHAI KAI ZE SJKC CHUNG HUA SIBU

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.3333 | 6 Likes | 18 Views | 23 times | LS: 31.0
Like it? | Support them now!

Projek Auto Jimat Sistem Pintar Cipta Bilik Darjah Lestari dibangunkan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang efisien dan mesra alam. Sistem ini menggunakan 2 sensor cahaya dan pergerakan (PIR) yang disambungkan kepada mikropengawal untuk mengawal penggunaan lampu dan kipas secara automatik mengikut kehadiran murid. Melalui automasi ini, tenaga dapat dijimatkan dan pembaziran dapat dikurangkan. Projek ini juga memberi peluang kepada murid untuk memahami konsep teknologi pintar, kecekapan tenaga dan kelestarian alam sekitar. Inovasi ini menyokong SDG 4 (Kualiti Pendidikan), SDG 7 (Tenaga Bersih), SDG 9 (Inovasi dan Infrastruktur), SDG 12 (Konsumsi Bertanggungjawab) dan SDG 13 (Tindakan terhadap Iklim). Secara keseluruhannya, projek ini memupuk nilai inovatif serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.