SS289: SMARTRESCUE

FAREES AKEEM BIN SHAMSURI KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Kecemasan merupakan satu keadaan di mana seorang pesakit memerlukan rawatan yang segera dan sekiranya tidak dirawat dengan segera, boleh menyebabkan kehilangan nyawa atau cacat kekal. Insiden kecemasan boleh disebabkan kemalangan jalan raya, penyakit, kebakaran atau bencana alam (Kemenkes, 03 Feb 2016). Oleh kerana peristiwa kecemasan yang memerlukan rawatan segera boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, keselamatan pesakit golongan emas dan orang kurang upaya adalah berisiko tinggi.

Objektif pembuatan produk ini ialah untuk membantu golongan emas atau orang kurang upaya untuk meminta bantuan dengan lebih efisien dan cepat. Dengan ini, tahap keselamatan mereka yang tinggal berseorangan dapat ditingkatkan dengan adanya produk ini. Terdapat banyak pengujian yang telah dilakukan terhadap projek ini yang merangkumi hal seperti masa untuk diambil untuk menerima mesej, mudah alih produk dan pengujian bekalan kuasa produk. Hasil pengujian menunjukkan bahawa produk ini sesuai untuk golongan emas atau orang kurang upaya yang tinggal bersendirian.

Kesimpulannya, pembuatan produk ini dapat membantu golongan-golongan ini mendapat pertolongan segara dari pihak hospital atau daripada keluarga terdekat.