SS340: LEKOR SPICE PREMIUM

AHMAD IRFAN DANIEL BIN ALIASA' SMK SERI NILAM

Produk inovasi Lekor Spice Premium merupakan penambahbaikan terhadap makanan tradisional terkenal Pantai Timur, iaitu keropok lekor. Inovasi ini dihasilkan dengan menggabungkan ramuan rempah asli terpilih iaitu lada hitam dan bawang merah bagi memberikan aroma serta rasa yang lebih unik dan premium serta baik untuk kesihatan. Tujuan penghasilan produk ini adalah untuk meningkatkan citarasa dan nilai pasaran keropok lekor tradisional, serta memperkenalkan variasi baharu yang sesuai dengan selera generasi moden tanpa menjejaskan identiti asalnya.

Melalui kajian dan ujian deria, produk ini didapati mempunyai tekstur lebih lembut, rasa yang seimbang antara pedas dan berempah, serta mampu bertahan lebih lama berbanding lekor biasa. Inovasi ini juga menekankan aspek kebersihan, kualiti bahan mentah dan teknik pemprosesan selamat mengikut piawaian makanan. Produk ini berpotensi dikomersialkan sebagai snek tempatan premium yang mampu menembusi pasaran domestik dan antarabangsa, serta menjadi inspirasi dalam usaha memodenkan makanan warisan Malaysia.