QAYYUM NUR IMAN BIN AMIR SK RANGGU
Type Your Ab
Aplikasi Hikayat Rakyat merupakan aplikasi Android yang dibangunkan bagi memperkenalkan dan melestarikan khazanah cerita rakyat kepada murid sekolah rendah. Kebanyakan murid pada masa kini kurang mengenali cerita rakyat kerana bahan rujukan hanya terdapat dalam buku teks yang bersifat tradisional serta kurang interaktif. Hal ini menyebabkan pengajaran dan nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat tidak dapat dihayati sepenuhnya oleh generasi muda.
Sebagai penyelesaian, aplikasi ini menyediakan beberapa skrin utama seperti Cerita Rakyat yang menampilkan kisah popular (Batu Belah Bertangkup, Si Badang Perkasa, Bawang Putih Bawang Merah, Kura-kura dengan Arnab yang Sombong), Media Rakyat yang menghubungkan murid dengan video YouTube cerita rakyat, Kuiz untuk menguji pemahaman, Permainan Tangkap Arnab bagi meningkatkan fokus dan keseronokan, serta Chat AI untuk membolehkan murid bertanya soalan berkaitan cerita rakyat secara interaktif.
Inovasi ini memberi impak dari segi pendidikan dengan memudahkan pemahaman cerita rakyat, dari segi budaya dengan melestarikan warisan bangsa, dan dari segi sosial dengan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Justeru, aplikasi Hikayat Rakyat mampu menjadi medium efektif dalam menghidupkan semula warisan cerita rakyat melalui pendekatan digital.