AFIQAH MARISSA BINTI RASLIANSHAH SK RANGGU
Aplikasi MyIslam merupakan aplikasi Android yang dibangunkan untuk membantu murid sekolah rendah mempelajari pengetahuan asas Islam dengan cara yang lebih mudah, ringkas dan interaktif. Ramai murid menghadapi kesukaran memahami ibadah asas seperti solat, puasa, zakat dan haji hanya melalui buku teks yang panjang dan padat. Kekangan ini menyebabkan mereka kurang menguasai syarat, rukun serta amalan yang betul dalam kehidupan seharian.
Sebagai penyelesaian, aplikasi ini menyediakan beberapa skrin utama iaitu Kewajiban Asas (solat, puasa, zakat dan haji dengan maksud, hukum, rukun dan syaratnya), Surah Lazim (surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falak, Al-Ikhlas, Al-Nasr dan Al-Kauthar lengkap dengan teks Arab, terjemahan dan bacaan audio), serta Hadis Motivasi dan Jatidiri (hadis tentang nilai murni seperti niat, amanah, sedekah dan kebersihan). Turut disediakan ialah Video PDP, Kuiz, Bual AI untuk pertanyaan interaktif, dan skrin Mengenal Kami.
Inovasi ini memberi impak positif dengan menjadikan pembelajaran Islam lebih mudah difahami, membantu murid mengamalkan ibadah dengan betul, membina jati diri berteraskan akhlak mulia, dan memanfaatkan teknologi sebagai medium pendidikan Islam yang moden dan menyeronokkan.