EDWARD AXEL HONG KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Warga emas dan individu yang menggunakan kerusi roda sering berhadapan dengan kesukaran semasa membeli barangan keperluan harian, terutamanya apabila perlu menolak troli sambil menggerakkan kerusi roda. Keadaan ini menyukarkan pergerakan mereka serta menghadkan keupayaan untuk membeli-belah secara bebas dan selesa. Berdasarkan masalah tersebut, kumpulan NOVAX telah menghasilkan satu inovasi yang dinamakan Troli Automatik Pintar NOVAX bagi membantu golongan ini menjalani aktiviti harian dengan lebihmudah dan efisien. Troli ini direka khas dengan keupayaan untuk disambungkan kepada telefon pintar melalui sambungan bluetooth serta dikawal menggunakan aplikasi mudah alih. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengawal pergerakan troli seperti maju, mengundur dan berhenti dengan mudah. Selain itu, troli ini turut dilengkapi dengan pengesan pintar yang membolehkan ia mengekori pengguna secara automatik tanpa perlu ditolak. Reka bentuk ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan pengguna, malahmemastikan keselamatan dan kestabilan semasa pergerakan. Inovasi ini menekankan konsep memanusiakan teknologi, di mana teknologi digunakan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup manusia. Dengan adanya Troli
Automatik Pintar NOVAX, warga emas dan pengguna kerusi roda dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih selesa, selamat dan berdikari, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan orang lain. Projek ini mencerminkan semangat dan komitmen kumpulan NOVAX dalam menghasilkan penyelesaian kreatif yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kami percaya bahawa setiap inovasi yang dicipta harus membawa perubahan positif dan
harapan baharu kepada kehidupan seharian.