SS351: RECYGRILL

MOHAMAD DANISH AIMAN BIN SHAHRIL SMK TAMAN DESA JAYA

IIMOS25 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 43 Views | 20 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

RECYGRILL

ABSTRAK (SINOPSIS):

Projek “Recygrill” ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan alatan tangan yang bersesuaian. Tangki Bahan Pendingin Penyaman uadra biasanya tidak dibeli oleh kedai besi buruk kerana bombing mengandungi sisa gas tekanan tinggi serta mengandungi bahan pencemaran udara jika tidak di kendali dengan betu dan dijadikan bahan utama untuk recygrill.  Projek ini memakan masa selama 2 hari untuk disiapkan dan proses penambahbaikan dilakukan dalam masa 2 hari sahaja.

Terdapat banyak kelebihan yang boleh didapati daripada penggunaan pemanggang kitar semula ini. Sebagai contohnya, ia mudah dikendalikan. Terdapat pemegang di bahagian atas grill ini yang mudah dipegang. Selain itu, saiz pemanggang yang kecil menjadikan ia mudah dibawa ke mana-mana seperti aktiviti perkhemahan, beriadah, majlis kecil-kecilan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, penutup pemanggang ini, apabila dibuka, ia boleh dijadikan sebagai tempat untuk meletak makanan yang telah dibakar/dimasak. Antara contoh makanan yang boleh dimasak di atas grill  ini ialah roti, burger, ayam lain-lain. Kaca lutsinar yang terdapat pada penutup adalah untuk memudahkan pengguna untuk melihat keadaan makanan tanpa membuka penutupnya. Selain itu ,Recygrill juga dapat menjimatkan penggunaan bahan bakar (arang) secara semulajadi sehingga arang dapat digunakan semula. Selain itu, recygrill juga dapat membakar makanan dengan tiga cara iaitu secara terbuka, separa tertutup dan tertutup penuh mengikut bahan yang hendak di bakar ataupun dipanggang. Selain itu, alat ini juga akan ditambah baik dengan pelbagai teknologi terkini iaitu dengan penambahan sensor mengesan tahap kepanasan supaya dapat membakar dengan lebih menyeluruh dan “juicy”. Ia juga boleh ditambah baik dengan meletakkan sistem “rotation grill” yang boleh b erputar secara automatic serta auto blower fan untuk menjadikan makanan lebih cepat di masak dan sistem,  “water splash”  jika api terlalu marak ketika memasak.

Akhirnya, projek “Recygrill” ini dihasilkan untuk menerapkan lagi penghasilan sesuatu projek dari bahan-bahan kitar semula yang boleh didapati di mana-mana. Hal ini, dapat mengurangkan kesan terhadap pencemaran alam sekitar dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian menggunakan bahan kitar semula atau bahan terbuang.