MUHAMMAD FAIQ AQMAR BIN MOHD FAIZAL AZUAD SK BELURU
Inovasi MintSheild Candle merupakan lilin aromaterapi semulajadi yang dihasilkan daripada soy wax dan daun pudina segar. Tujuan inovasi ini adalah untuk mengurangkan penggunaan ubat nyamuk berasaskan bahan kimia yang boleh memberi kesan negetif terhadap kesihatan dan alam sekitar. Lilin ini menghasilkan aroma segar yang membantu menghalau nyamuk serta memberikan ketenangna kepada pengguna. Penghasilan produk ini menggunakan bahan sekitar kita dan mesra alam, sejajar dengan usaha melahirkan masyarakat yang kreatif serta bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar. Inovasi ini mendidik murid untuk kreatid dalam menangani masalah yang berlaku di sekeliling khasnya usaha menjauhkan kita dari nyamuk yang menyebarkan penyakit seperti demam denggi dan demam malaria. Mencegah jauh lebih baik daripada mengubati, maka ini salah satujalan mencegah yang mudah, murah, boleh dibuat sendiri dan paling penting selamat digunakan.