MOHAMAD FARISH BIN ZAINUDIN SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA
Projek inovasi Permainan Penerbitan Media (PPM) dibangunkan sebagai respons kepada isu motivasi pelajar yang rendah, tekanan daripada konsep pembelajaran berorientasikan guru, dan kekurangan minat untuk meneruskan pelajaran, terutamanya dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). PPM adalah produk unik yang diilhamkan daripada kajian mini, direka sebagai alat bantu mengajar jenis permainan papan litar/mekanikal yang menggabungkan kuiz soalan. Keunikan PPM terletak pada reka bentuk yang efisien, keaslian idea, dan pendekatan kaedah yang belum pernah ada di pasaran semasa. Tujuan utama PPM diwujudkan adalah untuk memupuk minat dan semangat belajar , membina keyakinan MBPK dalam menggunakan teknologi kelas , mewujudkan persaingan sihat , dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Produk ini berpotensi menyelesaikan masalah harian secara sistematik dan kreatif, menggalakkan pemikiran aras tinggi, dan merealisasikan keperluan MBPK melalui pembelajaran berasaskan fun learning. Kajian menunjukkan 100% pengguna sangat bersetuju PPM sesuai dengan isi pelajaran dan mudah digunakan.