ARIESYA AFRINA BINTI AHMAD FAUZY SANI KOLEJ VOKASONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
EcoBloom Base: Span bunga mesra alam, merupakan span gubahan bunga mesra alam yang dicipta sebagai alternatif kepada span bunga konvensional yang sukar terurai dan mencemarkan alam sekitar. Inovasi ini memanfaatkan bahan organik seperti cocopeat dan kanji semula jadi bagi menggantikan komponen plastik mikro dalam span biasa. Proses penghasilan span melibatkan teknik pemadatan, pembentukan dan pengeringan yang menghasilkan tekstur span yang padat dan mampu menyerap air dengan baik, sekali gus mengekalkan kesegaran bunga untuk tempoh yang optimum. Selain itu, EcoBloom Base mudah terurai, tidak mengeluarkan bahan toksik, dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis gubahan bunga samada gubahan menggunakan bunga segar ataupun bunga plastik. Inovasi ini bukan sahaja mengurangkan sisa plastik dalam industri floral, malah meningkatkan kesedaran penggunaan bahan lestari dalam kalangan penggubah bunga industri mahupun pelajar untuk digunakan semasa amali terutama pelajar Program Reka Bentuk Floral di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan.