AWWAL IMRAN BIN AEROL IZADZ SK AGAMA MIRI
'KAD SIFIR TAHAN LASAK', direka untuk meningkatkan penguasaan fakta asas sifir dan kebersediaan kognitif murid Tahap Dua (Tahun 4 Cemerlang, SK Agama Miri) dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah. Masalah utama yang dikenal pasti ialah kadar penguasaan sifir yang rendah serta isu ketahanan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sifir sedia ada yang mudah rosak, yang mengakibatkan kos penggantian yang tinggi.
'KAD SIFIR TAHAN LASAK' dibangunkan menggunakan kaedah 'Sifir Cekap Kitar Semula'. Bahan terpakai diolah menjadi kad sifir bersaiz poket yang tahan lasak, kalis air, dan mudah alih. Reka bentuk yang bersifat hands-on ini menyokong pembelajaran kinestetik dan pengulangan secara aktif (drill and practice), kritikal untuk pembinaan memori jangka panjang dalam operasi darab.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif (pra-ujian dan pasca-ujian) ke atas tiga (3) pelajar sebagai rintis untuk mengukur keberkesanan. Hasilnya, terdapat peningkatan ketara dalam skor pasca-ujian dan peningkatan peratusan murid yang mencapai tahap penguasaan cemerlang, iaitu melebihi 90%. Keberkesanan ini kemudiannya dikongsikan kepada 20 pelajar di kelas yang sama. Inovasi ini bukan sahaja berupaya meningkatkan penguasaan sifir tetapi juga mempromosikan elemen kelestarian alam dalam PdP, tanpa kos kerana menggunakan pen hasil jualan kitar semula. 'KAD SIFIR TAHAN LASAK' disimpulkan sebagai BBM berkualiti tinggi, mesra pengguna, dan berimpak besar terhadap pencapaian Matematik asas murid sekolah rendah.