SS253: PASU ORGANIK MESRA ALAM

UZMA BINTI MOHD TERMIZI SMK SUNGAI LAYAR

IIMOS25 | Secondary School

CR: 0.1818 | 10 Likes | 55 Views | 36 times | LS: 47.8
Like it? | Support them now!

Pasu Organik Mesra Alam ini dibangunkan sebagai alternatif lestari kepada pasu tanaman konvensional berasaskan plastik. Pasu ini dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti serbuk sabut kelapa, kertas surat khabar, kulit telur, serbuk teh terpakai, serbuk kopi terpakai dan tepung ubi yang mudah diperoleh di persekitaran setempat. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan sisa pepejal, meminimumkan pencemaran plastik dan menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar. Pasu organik ini bersifat biodegradasi, mampu menyerap air dengan baik dan menyumbang kepada pertumbuhan tanaman secara semula jadi. Melalui projek ini, murid dapat menerapkan nilai kelestarian alam, kreativiti, serta kemahiran teknikal dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk mesra alam yang praktikal. Projek ini selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab serta SDG 15: Kehidupan di Darat) yang menekankan pemeliharaan sumber alam serta keseimbangan ekosistem.